Jumaat, 28 Februari 2020

SIAPAKAH SAYA ?


Diri Saya


Nama Saya IMAN HAZIQ ABQARY BIN HERMANTO dan 09.06.2009 merupakan tarikh saya dilahirkan yang bertempat di HOSPITAL BESAR TAWAU, SABAH dan kini saya berusia 11 tahun . Saya juga merupakan anak ke 3 Dari 4 orang adik beradik . Saya bersekolah di SK . ST . PATRICK TAWAU, SABAH pada sebelah pagi dan SEKOLAH AGAMA RAKYAT MASJID QUBA Taman Semarak pada sebelah petang dalam darjah 5 .



Sekolah Sk St Patrick




APA HOBI SAYA ?


Hobi saya bermain permainan video dan bermain bola sepak ketika waktu lapang . Selain itu, saya juga turut menonton aksi perlawanan bola sepak dalam dan luar negara . Ini kerana, saya tidak mahu terlepas peluang menonton aksi mereka terutama sekali kelab yang saya minati iaitu LIVERPOOL . Saya menonton perlawanan tersebut bersama ayah saya yang merupakan salah seorang peminat kelab tersebut dan terdapat berberapa pemain dalam kelab itu yang menjadi idola saya . Antaranya, ialah M.SALAH dan R.FIRMINO . Ini kerana, mereka handal dalam bermain bola sepak manakala YOU’LL NEVER WALK ALONE adalah moto saya . 






Dengan hobi ini, saya dapat melatih diri untuk menjadi pemain bola sepak yang terhandal di masa hadapan dengan melihat aksi, cara dan corak permainan kumpulan bola sepak yang saya sukai .


Kelab kesukaan saya LIVERPOOL


Saya berdoa dan berharap semoga di masa hadapan saya ada rezeki untuk menjadi pemain bola sepak dengan permulaan mewakili sekolah sekiranya diberikan peluang untuk berlatih dan bermain secara baik dengan bimbingan seorang cikgu atau jurulatih . Sekian terima kasih, setakat ini sahaja yang dapat saya kongsikan serba sedikit tentang diri dan hobi saya . Ada masa lapang saya akan sambung dan bercerita lagi mengenainya....









SIAPAKAH SAYA ?

Diri Saya Nama Saya IMAN HAZIQ ABQARY BIN HERMANTO dan 09.06.2009 merupakan tarikh saya dilahirkan yang bertempat di HOSPITAL BESA...